Lokasi : Mr. McG, Sapporo.
Masa : 04.35 petang
...Khairi Lokman
mengeluh. Dia penat. Nur Najmi, kawannya sejak kecil merangkap jirannya itu masih tidak berhenti bercakap. Dan kawan baiknya, Ruelle Hana Tatsuke pula menambahkan perasaan penat yang dialaminya sekarang ini.
"Khai,
Khairi! Cakap
kat dia yang aku nak nombor
phone dia, boleh
tak?" Najmi sibuk menyuruh dia buat itu dan ini. Ruelle hanya terseyum simpul di tepi, tidak memahami.
"Ish,
seboklah kau ni! Cakaplah dengan dia sendiri. Mana dia kemahiran Bahasa Jepun kau yang dikatakan
hebat sangat tu?" Khairi mendengus marah.
Ice blended Mocha dihirup kasar olehnya. Najmi mengerdipkan matanya seketika. Kerdip.
Kerdip. Kemudian dia memandang ke arah gadis bertentangan dengannya.
Kerdip. Kerdip.
Kerdip. Matanya beralih semula ke arah Khairi.
"Macam mana
ni Khairi? Bila aku pandang muka dia
je, pupus semua ilmu
Japanese aku!" Katanya seolah-olah dunia hendak kiamat. Dramatis betul. Khairi memandang jelek ke tepi. Ruelle yang hanya terseyum simpul, akhirnya membuka mulut.
"Erm,
I can speak in English too, you know?" Dia berkata lembut. Giliran gadis itu mendapat pandangan jelek dari Khairi. Aura di sekeliling kawan baiknya itu seakan-akan berkata;
"Aku dah penat-penat
translate-kan untuk
korang berdua, baru sekarang kau nak cakap kau boleh berbahasa Inggeris? Buang masa aku
je!"
Itu, dan mimik muka Khairi
sangat jelas dilihat olehnya. Ruelle memuncungkan bibirnya. Perang sudah mahu bermula, dan Nur Najmi dibiarkan di tepi sahaja. Mahu dihentikan atau dibiarkan?
...Sudahlah, pemuda itu malas hendak masuk campur. Ini kali pertama dia melihat Khairi Lokman
berperang dengan orang lain;
perempuan pula tu. Ini pasti bagus. Tangannya segera mencapai
French Fries dan
Green Tea Smoothie di atas meja, bersedia melihat drama yang bakal berlaku.
"...Salahkan
aku pula? Kau yang beria-ia kenalkan aku
kat kawan kau, kau nak salahkan AKU
pula?" Pusingan pertama, Ruelle memulakan tembakan.
"Uh,
hello? Tatsuke Ruelle Hana
-san, dah tahu yang orang kat sebelah aku
ni orang MELAYU, takkanlah dia nak berbahasa JEPUN terus dengan
kau? Kenapa kau sendiri
tak nak
converse in English dengan dia dari awal?
Bodoh,"
Ouch, kasarnya bahasa Khairi. Najmi menghirup
smoothie-nya dengan perasaan yang bercampur-baur. Mereka sedang berinteraksi dalam Bahasa Jepun, tapi itu bukannya masalah bagi Najmi. Seperti yang dikatakan oleh Khairi sebentar tadi, kemahiran Bahasa Jepunnya hebat. Apa yang pemuda di sebelahnya katakan kepada gadis di hadapannya itu, semuanya dia faham.
And vice-versa.
"
Bodoh? Siapa bodoh? Suka hati akulah nak berbahasa Jepun atau Inggeris. Sepatutnya kawan kau yang
converse in Japanese dengan aku dulu. Kau fikir aku
tak boleh cakap bahasa kau, aku
tak faham? Aku tahu yang kawan kau boleh berbahasa Jepun,
kan?" Ruelle memandang geram kepada Khairi. Satu persatu bedilan tajam dilemparkan kepada pemuda itu.
Akhirnya Khairi diam seketika, cuba mencari kelemahan dalam hujah Ruelle. Bulu keningnya berkerut seribu, mulutnya sudah mengetap geram. Tetapi, ucapan yang tiba-tiba terluah dari bibir Najmi terus membuatkan tali kesabarannya putus;
"Huh,
guys? Korang dah habis berdebat
ke?" sambil menghirup smoothie dan tangannya sibuk menyuap kentang goreng ke dalam mulutnya.
Wah, kurang asam punya budak. Kau fikir ini
talkshow? movie? live soap dramas?
Serentak, Khairi Lokman dan Ruelle Hana Tatsuke menuding jari telunjuk mereka kasar ke arah Nur Najmi, dan dengan perasaan marah terus melaungkan;
"Zenbu, *
omae (kimi) no
sei-da!!"
Semuanya, kau
punya pasal!!
*** Tamat ***
Nota kaki : Semua ini fiksyen.
*Omae (kimi) : Khairi menggunakan
omae (オマエ), salah satu daripada banyak cara untuk memanggil
"kau" dalam bahasa Jepun. Cuma penggunaannya amat kasar. Manakala Ruelle menggunakan
kimi (キミ), cara yang lebih sopan untuk memanggil
"kau" atau
"awak".
p/s : Kali pertama aku buat cerpen dalam Bahasa Melayu di blog ini. Tahniah, aku :)